Monday, 28 November 2011

SK Balar, inilah panoramanya (Part 1 - Perjalanan ke sekolah)

Sekiranya anda mendapat surat posting yang menyatakan..."Sila lapor diri kepada Guru Besar SK Balar Gua Musang Kelantan".. maka pastinya anda akan mencari dalam internet dimanakah gerangannya sekolah tersebut. Namanya yang unik pastinya hanya segelintir sahaja yang pernah mendengarnya.. Hanya sebilangan orang sahaja yang pernah sampai dan menjejak kaki di Pos Balar Gua Musang Kelantan.

Untuk anda yang akan menjadi ahli sekolah ini pada 2012, inilah sedikit sebanyak maklumat tentang sekolah yang berada jauh di pendalaman negeri kelantan, di tengah-tengah tetulang belakang banjaran titiwangsa Malaya:-

Status Sekolah: SK Balar (asli)
Kategori: Sekolah asli sepenuhnya.
Jarak dari pekan terdekat: Gua musang (120km)
Pengangkutan: 4x4 (jalan balak 90% & 10% bertar)
Jumlah murid: 250 (lebih kurang)
Bilangan Staff: 25 orang

Kemudahan prasarana:
1. Elektrik dari sumber solar dan generator.
2. Belalan air: sumber tandak / anak sungai dari bukit berdekatan.
3. Komunikasi: Internet sekolah.
4. Makan + Minum untuk guru/staff: masak sendiri di rumah, namun boleh berunding dengan pihak kontraktor pembekalan makanan asrama untuk bekalan makanan mentah / siap di masak.
5. Kediaman berupakan rumah kuarters guru semi D dan Moden.


(Jun 2014, dapat tukar sekolah dan mengajar di tengah2 banar kota bharu... sk balar memberikan suatu kenangan indah kerana disitu mengenal erti persahabatan dan semangat 'susah senang bersama'... 4 tahun setengah berbakti untuk anak bangsa tidak terasa kerana ukhwah di kalangan guru/staff/kontraktor amat baik dan menyenangkan. mungkin.. jika tidak kerana keperluan keluarga yg tinggal di bandar kb, hingga sekarang aku masih di balar!!!!)


Gambar-gambar yang pastinya memberikan suatu pengertian buat anda semua:-
Perjalanan dari bandar Gua Musang ke SK Balar...

Dari bandar Gua Musang menuju ke pekan terakhir, pekan Kuala Betis, (lebih kurang 35km)

Persimpangan keluar dari bandar Gua Musang menuju ke Kuala Betis.


Permulaan jalan balak berdekatan pekan Kuala Betis.. Bukit batu kapur menyambut kedatangan anda..

SK Balar, inilah panoramanya (Part 2 - Suasana sekolah dan persekitarannya)

Anda mungkin tertanya-tanya macamana suasana di kawasan sekolah.. Adakah sekolah masih lagi terbina daripada papan kayu yang usang.. Jom, kita tinjau-tinjau SK Balar...



Pintu pagar utama SK Balar


Deretan bangunan sekolah yang menempatkan blok asrama murid, pentadbiran, kelas (kiri) dan bangunan Pra Sekolah (kanan)..


Bilik enjin generator utama (kanan)..


Bangunan kantin..