Sekiranya anda mendapat surat posting yang menyatakan..."Sila lapor diri kepada Guru Besar SK Balar Gua Musang Kelantan".. maka pastinya anda akan mencari dalam internet dimanakah gerangannya sekolah tersebut. Namanya yang unik pastinya hanya segelintir sahaja yang pernah mendengarnya.. Hanya sebilangan orang sahaja yang pernah sampai dan menjejak kaki di Pos Balar Gua Musang Kelantan.
Untuk anda yang akan menjadi ahli sekolah ini pada 2012, inilah sedikit sebanyak maklumat tentang sekolah yang berada jauh di pendalaman negeri kelantan, di tengah-tengah tetulang belakang banjaran titiwangsa Malaya:-
Status Sekolah: SK Balar (asli)
Kategori: Sekolah asli sepenuhnya.
Jarak dari pekan terdekat: Gua musang (120km)
Pengangkutan: 4x4 (jalan balak 90% & 10% bertar)
Jumlah murid: 250 (lebih kurang)
Bilangan Staff: 25 orang
Kemudahan prasarana:
1. Elektrik dari sumber solar dan generator.
2. Belalan air: sumber tandak / anak sungai dari bukit berdekatan.
3. Komunikasi: Internet sekolah.
4. Makan + Minum untuk guru/staff: masak sendiri di rumah, namun boleh berunding dengan pihak kontraktor pembekalan makanan asrama untuk bekalan makanan mentah / siap di masak.
5. Kediaman berupakan rumah kuarters guru semi D dan Moden.
(Jun 2014, dapat tukar sekolah dan mengajar di tengah2 banar kota bharu... sk balar memberikan suatu kenangan indah kerana disitu mengenal erti persahabatan dan semangat 'susah senang bersama'... 4 tahun setengah berbakti untuk anak bangsa tidak terasa kerana ukhwah di kalangan guru/staff/kontraktor amat baik dan menyenangkan. mungkin.. jika tidak kerana keperluan keluarga yg tinggal di bandar kb, hingga sekarang aku masih di balar!!!!)
Gambar-gambar yang pastinya memberikan suatu pengertian buat anda semua:-
Perjalanan dari bandar Gua Musang ke SK Balar...
Dari bandar Gua Musang menuju ke pekan terakhir, pekan Kuala Betis, (lebih kurang 35km)
Persimpangan keluar dari bandar Gua Musang menuju ke Kuala Betis.
Permulaan jalan balak berdekatan pekan Kuala Betis.. Bukit batu kapur menyambut kedatangan anda..
Jalan balak yang berliku-liku
Kawasan lapang di hadapan merupakan tempat pengumpulan balak sementara, dikenali sebagai 'betal balak'
Jalan becak adalah lumrah bagi perjalanan menuju ke Pos Balar..
Bukit Kelabu..
Rimbunan pepohan kadangkala kelihatan menutup laluan jalan balak..
Simpang berdebu sebelum sampai ke kawasan Ladang Rakyat..
Panorama aliran sungai di kawasan Ladang Rakyat..
Kawasan penempatan dan stor operasi Ladang Rakyat..
Salah sebuah rumah rehat pekerja Ladang Rakyat..
Tapak semaian anak benih kelapa sawit..
Kawasan tapak semaian anak benih kelapa sawit..
Tersusun rapi petak-petak anak pokok kelapa sawit..
Meredah sungai pertama, sungai Engheng..
Panorama tetulang belakang banjaran Titiwangsa berhampiran "Bukit Merah"..
Banjaran Titiwangsa dilitupi awan tebal..
Jejambat kayu balak di sungai "Kecik"
Jeram sungai "Kecik"..
Laluan becak berhampiran Lata Gajah..
Kelihatan bangunan moden SK Balar
Selamat datang ke Sekolah Kebangsaan Balar..
Aloh laaa.skoloh jauhnya
ReplyDeletesekolah pertama saya jan 2000 hgga feb 2003
ReplyDeletesekolah pertama saya jan 2000 hgga feb 2003
ReplyDeleteSkrg ngaja mana....
ReplyDeletePernah samapi 2008, punya lah jauh jln balak, rentas sungai, tetiba jumpa banggunan sekolah cantik tersegam indah terkejut beruk...mcm mana pembinaan...Pening fikir...
ReplyDelete